Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 02, 2009

Break Fast With Friends (August 24, 2009)

Best Blog Tips
Sementara menunggu kelas Professor Dr. Szarina Abdullah bermula pada pukul 8.00 malam, aku dengan geng-geng sibuklah menempah tempat dan makan untuk berbuka pada 7.25 mlm. Port kami macam biasalah Restoran Zuree yang berwarna kuning. Geng aku Dasuki menjadi agen untuk men'book'ing tempat dan makanan. "Dasuki aku nak bihun tomyam, telur dadar dan air sirap limau.. eh air sejuk sekali!!" "Eh waheh wah.. macam dia pulak yang puasa," Dasuki mengusik jiwa dengan komentarnya. "Tolong sikit.. aku puasa tau.. tak makan sahur lagi," aku menjawab dengan selamba.

Tepat pada waktunya.. makanan yang dipesan pun sampai dan aku pun asyik menenung makanan sampingan yang aku beli.. "Lambat lagi ke?" fikiran aku pun merewang...

Ni tempat kita.. Meja Tiga

Muszaafar Huzaireen dengan muka ngantuk

Alfarabie khusyuk sembang..

Agen kita, Dasuki

Makanan sampingan aku. Agar2 dan kuih lompang (Mesti terliur.. jahatnya aku)

Telur dadar

Ni memang makanan favourite Mus.. Nasi Goreng Pattaya

Dasuki dengan Nasi puti dan Paprik Campur (kalau tak silap)

Bihun Tomyam Campur.. Sirap limau dan air sejuk