Visiting Flora & Agnes (August 15, 2009)




"Last Saturday, after completing our duty as worshiper of JC at R.O.C.C '09 in Kota Damansara, we all went straight to Flora house at Seksyen 6, Shah Alam. An army of SYC members with tired body came along just to visit our friends, Flora and Agnes who has been involved in accident, last Thursday afternoon (August 13, 2009), coalition between their Scooter and reckless driver of 1 tonne lorry. I will explain the details in BM."

Pada hari Khamis tersebut, setelah selesai tugasan di Faculty of Sport Science, mereka bergerak pulang ke rumah dengan menaiki skuter yang ditunggangi oleh Agnes dan Flora sebagai pembonceng. Hujan renyai-renyai membasahi jalan dan jam ditangan menunjukkan 1.30 ptg. Kenderaan yang keluar masuk melalui pintu utama UiTM, Seksyen 2 sedikit kurang, mungkin disebabkan staff dan pelajar UiTM sedang sibuk lunch. Pakcik guard pulak berteduh di dalam pondok pengawal.

Dengan berpakaiankan tracksuit, setelah selesai mengemas stor mereka bertolak daripada fakulti dan menuju ke Seksyen 6 melalui pintu utama UiTM, Seksyen 2. Setibanya di simpang tiga (menuruni bukit), sebuah lori yang datang dari arah bertentangan (arah Seroja) kelihatan seperti akan berhenti di persimpangan jalan. Mereka menyangka lori tersebut akan berhenti di persimpangan, tetapi malangnya perkiraan mereka meleset semata-mata, sewaktu mereka ingin keluar ke jalanraya utama, pemandu lori tersebut juga turut bergerak dan melanggar mereka berdua.

Agnes tercampak ke pembahagi jalan yang ditutupi rumput hijau, manakala Flora pula ke atas jalan, skuter yang dipandu pula terseret.

Agnes mengalami cedera ringan, dengan calar-calar di kaki kanan dan mengalami sakit pinggang. Flora pula mengalami kecederaan yang mengakibatkan pergelangan tangan kanannya patah dan tulang di betis kanannya retak serta bengkak.

Mereka berdua telah dihantar ke Pusat Kesihatan, UiTM untuk rawatan dan menerima dan kemudiannya rawatan lanjutan di Hospital Klang. Tangan kanan Flora terpaksa disimenkan dan betisnya yang retak tidak disimen kerana masih lagi bengkak.

Saya juga dipahamklan bahawa pemandu tersebut, sewaktu kejadian hanya mampu tercengat, dan tidak melakukan apa-apa, mungkin panik. Kemalangan tersebut telah mengakibatkan kesesakan lalulintas dari arah Seroja yang mungkin bergerak untuk ke kelas dan pejabat masing-masing. Pemandu tersebut enggan bekerjasama dan bertindak menyalahkan Agnes yang menjadi punca kemalangan. Kemalangan tersebut menjadi kes polis.

Syukur pada waktu itu, seorang pensyarah telah membawa kamera dan mengambil gambar selepas kejadian, untuk dijadikan sebagai bahan bukti.

Terima kasih kepada SYC yang prihatin dan Gereja Grace yang telah memberi sumbangan kasih kepada mereka berdua. Berkat doa dan keprihatinan anda, jalinan kasih ini dapat disambungkan.

Agnes dan Flora didoakan agar sembuh dan meneruskan pembelajaran dengan jayanya.


Tempat kemalangan tersebut (Ambik daripada blog lain)

Flora yang masih mampu tersenyum

SYC yang prihatin

Roland & Jess

Agnes menceritakan tentang kemalangan tersebut

Kaki Flora yang bengkak. Sama saiz dengan kaki aku

Tangan kanan

She is so happy when we visited her.. twice indeed

Iklan yang kami jumpa sewaktu balik daripada rumah Flora

Popular posts from this blog

Majlis Ofis Tertutup (October 16, 2009)

Seminar Praise and Worship, “Leading In Power Worship” (June 19, 2010)

The Truth About Rhea Arella ; The Journey of An Amazing Worshipper