R.O.C.C. '09 - In Action (August 15, 2009)
Setelah menjalani persiapan hampir sebulan setengah, Team Praise & Worship bersemangat untuk melayani Tuhan di acara R.O.C.C. 2009. Sewaktu kami memeriahkan hari ulang tahun Obie yang pertama, kami telah berbincang dan membuat solusi untuk mengatasi masalah menetapi masa. Syukur kami telah ditegur oleh firman Tuhan yang menekankan perkara menjadi 'batu sandungan'. Roma 14 : 13-23.
Saya bangkit seawal 5.40 pagi dan membuat devotion, berdoa agar semua perancangan kami berjalan seperti yang DIA mahukan. Syukur. Mereka semua telah bersiap sebelum pukul 7.00 pagi. Dan kami terus bergerak ke Seksyen 13 untuk menunggu yang lain. sebelum 8.30 pagi, ketibaan Ps. Perry yang dinanti pun tiba.
Kami tiba di Kota Damansara sebelum pukul 9.00 pagi. Kami bersyukur kerana kedatangan kami disambut dengan gembira oleh jemaat Gereja River of Christ. Kami dilayan bukan sebagai tetamu tetapi sebagai pelayan Tuhan.
Latihan terakhir pun dijalankan sebelum ibadah bermula pada pukul 10.00 pagi.
Sebanyak 4 buah gereja telah bergabung untuk menjayakan konsert terbabit; City Church KL Grace Church (BM) Shah Alam, Antioch Network Community dan juga River of Christ. Kami sungguh diberkati dengan lawatan dan urapan roh kudus, sepanjang konsert 6 jam tersebut.

Untuk sharing yang lebih lanjut anda boleh ke sini (1, 2, 3, 4)