Rentetan gambar & kenangan kami di Kampung Palawan, Langkap, Perak bersama suku Semai, iaitu suku Orang Asli yang terbesar di Malaysia. Pengalaman yang indah dan menyeronokkan. Saksikanlah!!
Sudah menjadi tradisi bagi University Library, untuk mengadakan Majlis Hari Raya sempena bulan Syawal. Cuma kali ni, University Library tidak lagi membuka pintu untuk department-department lain. Biarlah kami bermaharajalela dengan kelazatan makanan. (Department lain pun tak pernah jemput kami bila ada 'rumah terbuka', cuma kami sahaja yang sibuk menjemput orang. Kononnya nak merapatkan ukhwahlah. Tahun ni University Library buat rumah tertutup. Unit masing-masing membawa juadah yang dimasakan yang disediakan dengan kehebatan air tangan chef-chet terkemuka. Unit aku menyediakan air. Aku dengan rela hati belajar resepi baru dari Pn Kamariah. Maka terciptalah minuman yang digelar Mock Tail, gabungan air soda, susu segar perasa strawberry, buah-buahan dalam tin, susu sejat, air gula, sumi dan ais. Terkesima semua menikmati air yang sangat sedap ni. Tengok-tengoklah gambar-gambar berikut. Meriahnya Sedapkan? Hamper yang disumbangkan oleh suppliers Nie gambar dengan bos Gambar keluar...
Buat anda yang belum mengenali Rhea Arella, beliau adalah salah seorang anggota UX Band dan singer yang terdiri daripada Wawan Yap, Ferliex Rotinsulu, Marina Napitupulu dan Rhea Arella sendiri. Mereka telah mengeluarkan beberapa album rohani yang menjadi saluran berkat buat pendengar-pendengar lagu gospel. Beliau juga pernah melayani di Gereja Grace (BM) Shah Alam, sekitar tahun 2009 bersama Joshua Ahimsa, Lucky, Jeffry Hermanto (mantan basist GMB), dan ramai lagi. Rhea Arella bukan sahaja terkenal kerana kelunakan suaranya, malah beliau juga sangat berkebolehan sebagai Master of ceremony (MC), penulis lirik, pengajar vokal. Untuk mengenali lebih lanjut mengenai Rhea Arella, tontonilah video kesaksian beliau yang menceritakan bagaimana dia mengenal Tuhan. Selamat diberkati!! Click for related posts 1 , 2 , 3 , 4 , 5 Rhea, Wanita Yang Hobi Mempermainkan Pria Gadis ini sering menyakiti dirinya sendiri, tidak puas dengan hal itu ia mulai mencoba menyakiti para pria. Gadis yang bernama len...
Pandangan menuju ke Stesen yang pertama Peta Pulau Langkawi Berbekalkan peta dan kereta sewa kami melangkahkan kaki ke Oriental Village sekitar 2 petang dari lokasi motel kami di Pantai Chenang . Macam biasalah, dengan kepakaran membaca peta, kami makan buah langsat. Habis lokasi dan ceruk rantau kami jelajah. Sebelum naik Kereta Kabel, kami ronda-ronda dulu di sekitar Oriental Village, saja nak menengok apa yang best sangat. Huh!! Tak berkenan langsung, sebab apa yang menarik pun cuma kedai-kedai menjual cendera hati dan kereta dua fungsi yang mahal, sesuai untuk pelancong luar negara (darat dan air). Tapi sempat jugak beli cendera hati untuk kenangan, yang penting fish magnet. Menambahkan koleksi di rumah. Pinjam dari Oriental Village website Lokasi ke stesen kereta kabel taklah jauh sangat, boleh merayap kalau nak. Jalan kaki 5 minit je dah sampai. Di sebelah kiri dari kedudukan Oriental Village, itulah tempatnya. Dengan orang yang tak ramai, maka tak p...