Hari Bercakap Sedunia (July 23, 2009)

Hari Khamis yang lepas (23 Julai 2009) telah diumumkan sebagai Hari Bercakap Sedunia. Sempena program orientasi untuk July Intake, University Library seperti biasa dipertanggunjawabkan untuk mengadakan bengkel Information Literacy yang bertujuan untuk memperkenalkan perkidmatan-perkhidmatan, jenis-jenis bahan, peraturan-peraturan di dalam perpustakaan dan juga bagaimana untuk menggunakan bahan-bahan tersebut. Seramai 500 orang pelajar telah mendaftar bagi Intake bulan Julai dan kesemua pegawai-pegawai perpustakaan (6 orang) termasuk pegawai perpustakaan di Tun Razak City Campus, Kuala Lumpur turun padang untuk memastikan program orientasi tersebut berjalan dengan jayanya. Pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada 2 sesi, iaitu sesi pagi dan sesi petang.

Sesi pagi bermula pada pukul 10.30 pagi dan tamat pada pukul 1 petang. Selepas tamat sesi di dalam kelas pelajar akan dibawa untuk tour di sekitar perpustakaan. Pada pukul 3.00 petang pula, sesi kedua dijalankan sehingga pukul 5.00 petang, termasuk tour. Paling seronok bila tiba sesi Q & A, sepatutnya setiap sesi diperuntukan hanya untuk 1 setengah jam. Sesi saya berlangsung untuk tempoh 2 jam. Seronok juga dapat membuatkan sesi pagi dan petang lebih ceria, biarpun topik agak berat.

Sesi bercakap belum berakhir di UNITAR, tetapi bersambung lagi di kelas pula (Puncak Perdana, UiTM), malam tersebut. Suara aku pun dah jadi serak-serak basah dan mengantuk. Mak bermulalah kepala gila-gila aku untuk membuat lawak, saje unuk mengelak mengantuk. Aku dah siap bagitau classmate aku, yang aku tak akan tanya banyak soalan. Tetapi bila time dorang present, aku mengantuk gila sebab penat sangat. Mulalah mulut aku bercakap macam bertih jagung. Malam tu aku dan group member aku (Alfarabie) bercakap untuk tempoh 1 jam. semua jadi aktif bertanya bila turn kami, sebab sebelum tu dorang teruk kena tanya dengan group aku. Anyway mereka enjoy kelas tersebut dan sesi soal jawab pun hangat. Betul.. aku tak tipu... bila aku buat kelas.. sure tak mengantuk.

Bila tiba di rumah, aku merasakan betapa aku ni sekarang makin aktif bercakap, bercakap daripada pagi sampai ke malam. Maka dimumkan hari tersebut sebagai Hari Bercakap Sedunia.

Students tengah khusyuk mendengar

Aku tengah sibuk...bercakap

Tengah senyum-senyum semua, sebab ada kuiz khas...

Mereka ni sangat participative... aktif menjawab & bertanya

Sesi pertama dibawa tour di sekitar perpustakaan untuk melihat fasiliti-fasiliti yang disediakan

Bla.. bla..bla..

Yang ni sesi kedua pulak.. jom adik-adik..

Inilah namanya komputer.. ingat KOMPUTER bukan kmouter... OOOOOO (kagum)

Bestlah abang tu... kalau ada masalah datang jumpa abang jelah

Bilalah mamat tu nak habis? Bla.. bla.. bla..

Di sini buku-buku yang adik boleh gunakan.. kalau tau buku apa yang sesuai.. datang jumpa abang.. abang tau... OOOO (kagum)


Macam nak menari zapin jer...

Malam tu bercakap lagi untuk Seminar in Knowlegde Management. Tengah betulkan slide presentation

Mula dah.. Paling lawak sekali group nilah. Mengarut je kerja

Udah le tu Jim, turn aku pulak...

Popular posts from this blog

Majlis Ofis Tertutup (October 16, 2009)

Seminar Praise and Worship, “Leading In Power Worship” (June 19, 2010)

The Truth About Rhea Arella ; The Journey of An Amazing Worshipper