Talentime - Yasmin Ahmad

Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati - Melur, seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India, Mahesh. Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah.

Begitu juga Hafiz, memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu yang dirawat di hospital kerana menghidap tumor otak. Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur. Rupanya yang kacak memikat hati gadis itu. Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga itu sejak ketiadaan ayah, mati ditikam di hari perkahwinannya.

Melur, menyangka sikap membisu Mahesh kerana sedih dengan tragedi itu, berang apabila terus tidak dipedulikan. Dia bagaimanapun kesal selepas diberitahu oleh Hafiz mengenai keadaan sebenar Mahesh.Itu merubah persepsi Melur terhadap Mahesh. Begitu juga Mahesh yang menyenangi kehadiran gadis itu yang sering mengungkapkan puisi indah. Mahesh, menyedari perhubungan itu akan ditentang, menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Namun, rahsia itu terbongkar dan Mahesh dipukul di depan Melur sendiri. Cuma sehari sebelum berlangsungnya pertandingan, apakah Melur cukup gagah untuk menyanyikan bait puitis lagunya ketika hatinya sedang sengsara mengingatkan Mahesh? Bagaimana dengan Mahesh yang bertemu cinta pertamanya? Di malam Talentime, segalanya terungkai.

Sumber sini


Sharifah Amani was supposed to be cast as Melur in the film. However, due to clash of schedules, she was replaced by Pamela Chong. She did, however, play a role as the 3rd Assistant Director for the film. This would probably mark the first time that Sharifah Amani has played a behind-the-scene role in Yasmin Ahmad's films.

Sumber sini

Apa yang aku kata:
Percintaan merentas bangsa, agama, budaya, bahasa dan negara, bukanlah isu baru. Malah topik tersebut sangat klise. Tapi apa yang sangat istimewa mengenai karya Yasmin Ahmad kali ini adalah penceritaan dan lagu latar yang dimainkan. Membuai penonton dengan kesyahduan O Re Piya dendangan Fateh Ali Khan. Yasmin melontar kritikan sosialnya secara satira tetapi masih berlapik dan bukan dilakukan secara terbuka. Sewaktu Kahoe (lakonan Howard Hon Kahoe) melontar rasa tidak puas hatinya terhadap Hafiz (Mohd Syafie Naswip), disebabkan Hafiz berjaya menjawab soalan peperiksaan seratus peratus berbanding Kahoe yang hanya memperoleh 97%. Kohoe menyindir Hafiz, bahawasanya dengan mengharapkan rasa simpati Hafiz boleh berjaya, semua orang akan membantu. Betapa golongang Cina berusaha dalam pelajaran, kekalahan 3 mata berbanding Hafiz sukar diampunkan. Golongan Melayu atau Bumiputera yang berusaha keras untuk berjaya dianggap memperoleh bantuan daripada pihak tertentu. Hafiz terpaksa mengambil semula peperiksaan untuk membuktikan tuduhan Kahoe hanyalah fitnah. Namun penggakhiran cerita, kedua-dua watak ini bermaafan dan saling menyokong. Satu lagi satira lembut yang Yasmin gunakan adalah status Mei Ling, pembantu rumah keluarga Melur. Mei Ling adalah musuh bagi Datin Kalsom (Ida Nerina). Datin Kalsom mempersoalkan kehadiran seorang pembantu rumah kaum Cina bekerja dengan keluarga Melayu. Datin Kalsom mengeluarkan pendapatnya seperti ini; "Awak tak risau ke apa yang Mei ling buat sebelum dia masuk kerja?" "Anak-anak ayah Melur dengan selamba membalas; "Rumah Mei Ling ada 5 ekor anjing... woof.. woof" Datin Kalsom tidak sedar bahawa Mei Ling adalah mualaf dan telah lama memeluk Islam. Datin Kalsom mempersoalkan, "Kenapa guna Mei Ling?" "Masuk Islam bukannya jadi Melayu atau Arab!!" "Mei Ling tu kan nama bunga, cantik nama tu"

Lakonan Mahesh Jugal Kishor agak cemerlang. Kalau ditambah perisa dalam mimik mukanya tentu lebih hebat. Tetapi lakoan Mahesh yang sedia ada tidak bercanggah dengan karektor Mahesh sepatutnya. Watak Melur digalas oleh Pamela Chong yang menggantikan Sharifah Armani, tetapi dengan melihat beberapa adegan, terbit rasa syukur, risau nanti mengundang kontroversi. Watak Melur sangat longgar dan slanga Inggerisnya menyebut beberapa perkataan sangat janggal terasa. Jaclyn Victor yang memeran watak Bhavani memang patut dipuji. Yasmin juga mengundang pelakon-pelakon residennya untuk beraksi; Harith Iskander, Adibah Noor.

Filem ini patut dipuji kerana memaparkan satu kisah Malaysia yang majmuk. Sesungguhnya semangat setiakawan membolehkan tembok prejudis dilepasi. Sedialah dengan tisu pada pengakhiran cerita.

"Saya sembah ibu di atas jalan. Kalau ibu minta saya meninggalkan perempuan itu, saya akan dengar cakap ibu. Tapi ibu mesti ajar saya cara untuk melupakannya. Sebab saya tidak tau bagaimana untuk melupakanya. Ajar saya ibu, saya tidak tau." Saatlah inilah air mata bercucuran betapa cinta itu buta. Seluruh panggung baik lelaki atau wanita senyap... Beaitiful line yang melekat di fikiran.

Popular posts from this blog

Majlis Ofis Tertutup (October 16, 2009)

Seminar Praise and Worship, “Leading In Power Worship” (June 19, 2010)

The Truth About Rhea Arella ; The Journey of An Amazing Worshipper