Antara Finalis American Idol, Siapakah Yang Kristian?






Di kalangan 12 finalis American Idol ada yang pernah menjadi superstars untuk pelbagai genre, termasuk Gospel, kedudukan di carta 40 untuk Pop, dan Country. Ramai juga yang bermula di gereja atau pun berada di carta lagu-lagu Gospel. Musim 8 menyaksikan seramai lima peserta yang mempunyai latar belakang musik Kristian. Danny Gokey adalah pemimpin pujian dan penyembahan untuk Faith Builders International Ministry. Kris Allen bekerja untuk pelayanan muzik di New Life Church. Michael Sarver memimpin pujian di Harvest Church. Manakala, Matt Giraud and Scott MacIntyre sering membuat persembahan di gereja masing-masing.


American Idol Finalists Who are Christian

Monday April 13, 2009

Artists from the Top 12 of American Idol have gone on to be superstars in many genres, including Gospel, Top 40/Pop, and Country. Many of them either started in the church or ended up on the Gospel charts.

Season 8 has given us five more folks with a background in Christian music. Danny Gokey was the praise and worship leader for Faith Builders International Ministry. Kris Allen worked with the music ministry at New Life Church. Michael Sarver led worship at Harvest Church. Matt Giraud and Scott MacIntyre both regularly performed at their home churches.


Sumber di sini


Apa aku kata

Mereka mempunyai resume yang hebat!! Semuanya melayani dan mempunyai talenta yang luarbiasa. Apa pun impian dan harapan kita, dan di mana pun kita diletakkan; pentas politik berbeza, rakan kerja yang bertentangan dengan kepercayaan kita, rakan-rakan yang sering merendahkan kita, dan lain-lain. Semua perkara tersebut bukanlah sesuatu yang baru. Lihatlah pemenang American Idol musim ketiga, Fantasia Barrino. Menerima tentangan dahsyat daripada masyarakat kerana mempunyai anak luar nikah (sebelum beliau lahir baru dan menjadi pemimpin pujian dan penyembahan yag begitu dipakai Tuhan). Dia terus-menerus percaya pada Tuhan dan akhirnya menidakkan tanggapan orang terhadap bakatnya dengan kemenangannya.

Saya pernah mendengar rungutan seorang teman yang merasa bosan terhadap sikap sesetengah orang yang tidak berubah; sentiasa melukakan hati orang dengan kata-kata, bersikap kasar, tidak ambil peduli, dll. Beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada komuniti tersebut. Satu sahaja untuk jawapan tersebut,

"Demikianlah hendaknya terangmu bercahaya di depan orang, supaya mereka melihat perbuatanmu yang baik dan memuliakan Bapa-mu yang di sorga." Matius 5:16

Betul mereka mempunyai sikap menjengkelkan.. Tapi kita sebagai orang yang percaya, mestikah kita tenggelam kerana perbuatan mereka terhadap kita? Janganlah kita mengharap orang berubah untuk kita, barulah kita berubah, itu munafik. Kitalah yang harus berubah untuk mengubah atmosfera sekeliling kita. Politik, kerja, rakan-rakan, pelayanan, keluarga hanyalah platform. Agen perubahan adalah kita, yang mempunyai kerakyatan surga. Filipi 3:20-21.

Saya punya prinsip... saat orang melemparkan kata-kata, tuduhan, penghinaan, peganglah satu perkara, maafkanlah mereka, terimalah mereka seadanya, senyumlah, pupuklah mereka dengan pujian. Selebihnya Tuhan akan bergerak sesuai dengan rencana Nya.

Eh...!!! Aku nak tanya, ada tak backup singer yang berjaya? Tunggu signal daripada orang atas.

Popular posts from this blog

Majlis Ofis Tertutup (October 16, 2009)

Seminar Praise and Worship, “Leading In Power Worship” (June 19, 2010)

The Truth About Rhea Arella ; The Journey of An Amazing Worshipper