Seminar Pujian & Penyembahan 2


Seminar Pujian dan Penyembahan yang bertemakan "Pujian Penyembahan Yang Hidup" telah diadakan di Gereja Grace Shah Alam BM pada 21 Februari 2009. Program dikendalikan oleh Team Praise & Worship ini telah menjemput Pendeta Paul Agung Wibowo sebagai pengkhotbah bagi tema tersebut. Pendeta Paul Agung Wibowo adalah pemimpin pujian yang telah terlibat dengan pelbagai acara Praise & Worship dan mempunyai pengalaman yang cukup luas berkaitan dengan subjek tersebut.

Hampir 300 peserta hadir untuk mendalami subjek yang cukup memberkati. Bukan sahaja para peserta belajar secara teori tetapi juga pratikal sesuatu Praise & Worship seharusnya dilakukan. Peserta juga secara aktif terlibat di dalam sesi soal dan jawab.

Peserta mulai melihat Praise & Worship daripada perspektif yang berbeza dan juga didorong untuk mengaplikasikan ilmu di dalam kehidupan seharian, iaitu menjadi penyembah yang benar. (baca selanjutnya)


Sumber gambar boleh didapati di sini

Popular posts from this blog

Majlis Ofis Tertutup (October 16, 2009)

PRAY FOR THE HEALING WATERS

Seminar Praise and Worship, “Leading In Power Worship” (June 19, 2010)