DURIAN OH DURIAN!!!

DURIAN OH DURIAN!!!


Entrance of Dusun Durian (Sg Dua, Bentong, Pahang)


Arghh!! Durian...bila nak gugur?


Longgokkan durian. First pit stop.


Worker of the dusun serving us with delicious durian!!


A pickup truck full with durian delivered to us at waterfall fall Sg. Dua.


Yummy!!!


Water fall


Crystal clear


Orang selalu cerita pasal makan durian, aku setakat mampu terliur! Belum mampu untuk beli. Sebenarnya, projek untuk makan buah durian ni dah mula sejak 2 atau 3 bulan yang lalu, sewaktu mesyuarat Internal Quality Auditor (IQA), cuma selepas Quality Auditing yang dilakukan oleh SIRIM selesai baru boleh proceed.

09/08/08 (Sabtu), segerombolan Ahli IQA yang diketuai oleh IQA chairman, berkonvoi ke Sg. Dua, Bentong, Pahang untuk operasi makan durian. Perjalanan selama 2 jam berbaloi, setelah tiba ke dusun yang dimaksudkan. Hampir 20 orang mengikuti rombongan tersebut termasuk spouse masing-masing. Setelah berhempas pulas dengan kerja IQA yang berat dan kejayaan yang diperolehi, inilah masanya ahli-ahli IQA 'dimanjakan' dengan buah durian. Mata tengok buah-buahan termasuk buah durian, manggis dan rambutan, perut pulak terasa lapar. Jam dah pukul 11 pagi. Kami dibawa berjalan kaki dari satu pit stop ke pit stop yang lain untuk menikmati buah durian yang lazat dan berbeza.

Terdapat 5 jenis buah durian yang ada, tapi saya sempat ingat dua jenis; D-24 dan Durian Sungai. Sedap tak payah cakaplah... Orang bandar masuk hutan, paham-paham jelah, dibawa dari satu pit ke pit yang lain dengan berjalan menaiki bukit (aduh.. kalau ade eskalator kan best), termengah-mengah semua... Setelah puas dengan durian, aktiviti kami disusuli dengan aktiviti makan buah manggis dan memetik buah rambutan. Selepas tu, worker dusun arah kami untuk merasai pengalaman mengutip buah durian yang gugur. Semua melilau mencari buah durian yang jatuh.... kedebukk.. jumpa satu...kedebukk...jumpa lagi satu.

Kemudian kami dibawa ke Air Terjun Sg. Dua yang tak pernah saya dengar wujud di kalendar pelancongan negeri Pahang. Air terjun yang terpencil dari pandangan umum. Perjalanan dari dusun tersebut ke air terjun dah satu hal. Kami terpaksa melalui jalan yang kecil dengan melalui kawasan kediaman orang asli, itu pun belum sampai lagi ke destinasi yang dituju. Bas yang dinaiki terpaksa diberhentikan di kawasan kediaman orang asli dan kami terpaksa berjalan kaki selama 10 minit menaiki dan menuruni bukit. Orang bandar masuk hutan....!!

Bila sampai ke air terjun tersebut, semua bagaikan histeria melihat keindahan air terjun tersebut. Tak pernah melihat air terjun yang kedalamannya hanya setakat betis, jernih pulak tu. Muka keletihan terus ceria kembali. kemudian masing-masing bertanya, "Awak ade bawak baju ke?" "Tak! Aku tak tau kite ke air terjun". Tak kisahlah! semua menyinsing seluar sampai ke lutut terus masuk ke air. Sejukkk.......... pergh!! bersih sesangat!! Ade jugak rombongan yang lain dengan 4 wheel drive dan berkhemah di sekitar tempat tersebut. (Aku dah tau port mane member aku boleh pergi)

1 lori pickup datang penuh dengan durian didatangkan untuk dibawa balik oleh setiap rombongan. Durian tersebut diletakkan ke dalam bas!! Ade juga buah tangan... Sorilah! orang bagi, so tak boleh nak ambik banyak dan sesuka hatilah ye!! Kereta aku dah berbau durian semenjak sabtu tu! memang hebat penangan makan durian.

Popular posts from this blog

Majlis Ofis Tertutup (October 16, 2009)

Seminar Praise and Worship, “Leading In Power Worship” (June 19, 2010)

The Truth About Rhea Arella ; The Journey of An Amazing Worshipper