WaktuNYA TUHAN

WaktuNYA TUHAN

Kesaksian berikut saya ambil daripada pengalaman seorang yang tidak saya kenal tetapi memberikan kesaksian hidup yang membuka mata saya. Mr. Ho Bok Jong, 65 tahun adalah salah satu pembekal buku kepada perpustakaan tempat saya bekerja. Suatu sewaktu saya ditugaskan untuk mengiringi pensyarah-pensyarah ke PWTC sempena Pesta Buku Kuala Lumpur 2008, baru-baru ini (Beliau adalah salah satu vendor yang terlibat). Setelah penat membuat ‘books selection’, Mr. Ho Bok Jong mengajak kami untuk makan tengahari di sebuah restoran sekitar Kelana Jaya. Pendek cerita Mr. Ho Bok Jong mulai menceritakan pelbagai kisah tentang kehidupannya, daripada kisah pekerjaannya, kehidupannya, pelayanannya, politik Malaysia, masyarakat Malaysia secara umum tetapi diselitkan dengan kesaksian yang banyak mengubah hidupnya. Tetapi cerita yang membuatkan saya terpana adalah tentang kehidupan peribadinya. Beliau berkahwin pada usia yang agak lambat iaitu sekitar 38-40 tahun. Pada awal perkahwinan mereka, mereka sering bertengkar tentang soal anak. Mereka banyak berusaha tetapi sering gagal. Pada suatu hari mereka menyertai Kebaktian Hari Minggu, pastor mendorong jemaat untuk kehadapan seperti biasa. Beliau dan isterinya yang berada dihadapan terkejut apabila pastor tersebut bernubuat bagi mereka, lebih kurang seperti ini; "Anda bergumul untuk mendapatkan anak, apa yang harus anda lakukan adalah untuk berdoa, dalam tempoh satu tahun anda akan mendapat apa yang didoakan."

Mulai saat itu, mereka sering berdoa. Selepas tempoh satu tahun mereka dikurniakan seorang anak perempuan dan setahun berikutnya seorang anak lelaki. Biarpun mereka pada usia yang agak lewat, Tuhan tetap memberikan mereka yang terbaik, dalam tempoh tersebut juga mereka semakin intim di dalam Tuhan, kehidupan suami isteri mereka semakin bahagia, perniagaan mereka semakin maju, pelayanan mereka semakin kehadapan yang penting iman mereka semakin kuat di dalam Tuhan. Anaknya yang sulung (sekarang 22 tahun) melanjutkan pendidikan di Universiti (usia Mr. Ho Bok Jong sekarang adalah 65 tahun), yang bongsu juga menyusul.

Fikiran saya mulai terbuka tentang waktu Tuhan, tentang bagaimana melayani dan memberikan kesaksian bagi orang tidak percaya. Pensyarah-pensyarah (bukan orang percaya) yang ikut serta, kagum akan kebaikan Mr. Ho Bok Jong (kasih Tuhan) dan kesaksian yang diberikannya, malah merasakan seperti tidak cukup masa untuk mendengar semuanya. Beliau juga bernubuat untuk seorang pensyarah tentang kehidupan peribadinya (iaitu mencari pasangan hidup).

Sesungguhnya kita sering merencanakan sesuatu mengikut aturan fikiran dan waktu kita, tetapi kita sering kecewa (saya sendiri). WaktuNya Tuhan lebih indah... Amen! Cepat atau lambat sesuatu yang kita ingini, Tuhan akan memberikan yang terbaik.

Tulang rusukku Tuhan sedang sediakan...dan aku tahu ...pastinya yang terbaik!!!


“Kita tahu sekarang, bahwa Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, yaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana Allah.”

Roma 8: 28

“Sebab penglihatan itu masih menanti saatnya, tetapi ia bersegera menuju kesudahannya dengan dengan tidak menipu; apabila berlambat-lambat, nantikanlah itu, sebab itu sungguh-sungguh akan datang dan tidak akan bertangguh.”

Habakuk 2: 3

Bacaan lanjut:
i. Yesaya 49: 8
ii. Yohanes 7: 6
iii. Kisah Para Rasul 3: 21

Popular posts from this blog

Majlis Ofis Tertutup (October 16, 2009)

PRAY FOR THE HEALING WATERS

Seminar Praise and Worship, “Leading In Power Worship” (June 19, 2010)