Building High Performance Team - (July 10-12, 2009) Day 2
Pagi-pagi lagi aku kena bangun untuk bersiap ke aktiviti seterusnya, abseiling, flying fox, jungle trekking, camping, survival camping, dan tambah dengan kelas. Penatnya kalau tengok pada aktiviti-aktiviti yang kena aku tempoh. Awal-awal lagi aku dah rasa lain macam tapi disebabkan arahan aku kena juga ikut, senyum jelah. Syukur ada teman se-apartment yang mengejutkan aku dan Tom, maka terkedek-kedek jugaklah aku bangun dn bersiap.
Aktiviti pada hari kedua bermula dengan berjalan kaki ke Kem PLKN yang berhampiran dengan Casa Rachado untuk ke tempat abseiling dan flying akan diadakan. Gerun jugak dengan benda-benda macam nie. 15 minit kemudian kami sampai ke tempat tersebut dan terus diberikan sedikit taklimat ringkas tentang bagaimana untuk menggunakan kelengkapan yang dipanggil harness, carabiner dsbnya. Tambah lagi gerun dalam jiwa. Dulu pernah ikut naik roller coaster di Genting Higland dan Sunway Lagoon, menangis aku.. serius, mengalir airmata bujang aku. Aku gerun dengan benda bergerak laju, terhoyang-hayang tak tentu pasal dan berhenti mengejut. Tapi kali nie aku pakat, aku cabar diri, aku boleh buat.. Nothing Is Impossible.

Aku tabik dengan Kak Tengku Noor, walaupun dia nie dah pangkat nenek, dia berusaha untuk mencabar diri dia dengan cabaran abseiling. Mula-mula dia naik, Kak Noor menggeletar dan diserang darah gemuruh dan dia turun kebawah. Bila sampai ke bawah dia merayu-rayu tak nak ikut naik lagi. Kami pakat-pakat memberikan motivasi kepada Kak Nor. Aku cakap, "Kak Nor mesti naik. Kak Noor tak payah buktikan kepada orang lain. Buktikan pada diri yang Kak Noor boleh buat. Bila Kak Noor boleh buat, Kak Noor cakap dengan student yang nenek macam aku pun boleh buat, orang muda macam awak apalagi." Dorongan yang positif amat penting untuk kita bergerak sama kehadapan sebagai team. Lagi best lepas tu En. Kam ajak Kak Noor naik atas sama-sama dan turun sama-sama. Si Kam jadi peneman Kak Noor waktu turun Abseiling, berborak sambil turun. Akhirnya Kak Noor boleh buat.. Hoorayy.. semua bertepuk kuat memberikan semangat. Bangga aku dengan semua orang. Tapi yang paling lawak.. sebab teruja sangat Kak Noor terlupa pakai helmet. Bila sampai di bawah baru dia sedar.. apalagi.. gelak sakanlah dia!!! Lupa dengan perasaan takut tu.